Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut,mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).
Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106).
Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.
Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berkata selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.
"Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal," katanya.
Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.
"Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen," katanya.
- Kuala Lumpur, 7 Januari 2011
ini bru kes 2010 punyer belum yg 2011 punyer..
Mengikut perangkaan diperoleh ketika Persidangan Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) baru-baru ini, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia ialah 1.3 juta setiap tahun.
No comments:
Post a Comment